Cara Guna Brain Storming Starburst

Korang pernah dengar pasal 'star burst'? Kalau tak pernah, meh baca dan nilaikan samaada sesuai untuk korang guna atau tak.

Teknik brainstorming tu biasa guna dah, kan? No-judgment, rapid fire idea listing in a group. Dengan star burst, tekniknya sama: cuba hasilkan seberapa banyak idea yang boleh. Bezanya, idea tu di tulis dalam bentuk soalan: Who, What, When, Where, Why, dan How

Setiap soalan itu diletakkan pada satu bucu bintang. Kalau tajuk perbincangan tu 'banyak monyet di pejabat', maka setiap soalan yang berkaitan dengan permasalahan monyet tu bolehlah ditulis. Tak perlu jawapan; hanya soalan demi soalan.

Contohnya:

Who are afraid of monkeys?
What do monkeys look for at the office?
When do monkey come to the office?
Where do monkeys go after visiting the office?
Why do monkeys come?
How do monkeys know where to go?

Dengan bertanya banyak2 soalan, kita boleh kaji sesuatu masalah dengan lebih menyeluruh, berbanding menggunakan teknik 'free discussion'. ada soalan2 5W1H yang memandu perbincangan. Selain daripada tu, teknik starburst ini juga sangat berkesan dengan orang yang suka bertanya daripada menjawab,

I dah cuba teknik ni dengan pekerja hospital. Tajuk perbincangan ialah 'katil'. Sila la tengok apa soalan2 yang depa hasilkan. Sapa nak jawab?




Comments