Monday, September 08, 2014

Kenapa perlu pakai Penapis air

Kome minum ke idak air yang keluar direct dari paip?

Ramai rasanya yang akan masak dulu air tu. Minum air masak. Terasa lebih selamat untuk diminum sebab organisma yang ada dlm air tu dah dibunuh (tu sebab agakbya org panggilnya air mati). Tapi, bahan yang tak hidup tetap kekal dalam air tu. Contohnya logam berat, mineral, dan bahan kimia yang lain.




































Lagi satu bahan yg kita tak nampak, tapi ada dalam air ialah TANAH. Ya.... tanah. Air paip tu nampak bersih dan jernih je kan? 

Kat kawasan rumah teman ni, air paipnya memang nampak jernih. Bila teman pasang penapis air, baru tau banyak mana tanah yang dah masuk perut. Cer kome tengok gambar filter yang teman gantikan hari ni. Udah legam penuh dengan tanah dan bahan yang seumpama dengannya. Bila dicolet dengan jari...melekat macam tanah liat.





































Bayangkan banyak mana tanah yang kita minum dan makan. Payut le kain baju putih tak betul2 putih bersih walaupun dibasuh dengan mesin.

Gamaknya, kalau anjing terjilat tangan kita, boleh basuh dengan air paip je..sebab dah ada tanah. (Jangan kome kata teman buat fatwa baru pulak).

Teman nak tengok berapa lama filter baru ni kekal suci bersih tulus mulus.

No comments: