Saturday, September 20, 2014

Kita Pedagang

Menjual dan membeli
Urusan sehari-hari
Mencukupkan peluang mendapat rezeki
Memenuhi keperluan diri
Dan kehendak nafsu

Bukan urusan yang janggal
Bukan juga transaksi tunggal
Barangan dan perkhidmatan dijual
Bukan meminta belas kasihan

Kita membina kehidupan
Dan kehidupan mencipta urusan
Mahu dijadikan biasa ataupun bahan hairan
Pilihan kita, para pedagang

No comments: