Tuesday, September 16, 2014

Sinopsis Diri?


Saya berbangga memakai nama 'Harris Shah Abd Hamid'. Mengikut kalendar hijrah, dah masuk 4 series. Ikut kalendar Gregorian, belum lagi. Kalau ikut pengalaman, rasa macam masih muda lagi sebab banyak lagi ilmu, tempat, dan cabaran yang belum dirasai.

Setakat ni, dah menuntut ilmu secara formal di Malaysia, Kanada dan England. Teringin nak menuntut ilmu di Amerika Syarikat pulak ... sambil tuntut imlu, sambil bina syarikat (?).

Banyak tempat-tempat menarik yang ada dalam senarai semak untuk dilawati seperti Turki, Grand Canyon, dan kawasan tarikan semulajadi. Semasa belajar di England, tidak begitu teruja untuk melawat bandar-bandar Eropah yang kelihatan seperti klon satu sama lain daripada aspek komersil.

Sejak daripada sekolah rendah, laluan hidup seolah-olah berada di landasan akademik: belajar, belajar, belajar, mengajar, belajar. Mungkin itu landasan yang 'mudah' untuk diikuti. Melibatkan diri dalam bidang perniagaan untuk mencabar diri membuat sesuatu yang berbeza sambil mengembangkan potensi diri.

Harapannya, isteri dan tiga orang anak lelaki saya sabar dengan apa yang saya cuba capai. Next level: associate professor dan gandaan pendapatan.

:-)

1 comment:

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

mesti boleh punya