Monday, September 22, 2014

Cara Selesaikan Masalah Parking

Problem tentang katil hospital kita dah cuba bincangkan mengguna teknik starburst. macam-macam soalan yang boleh dikumpulkan. Kali ni meh kita cuba tackle masalah tak cukup ruang parking di tempat kerja.  Teknik yang digunakan ialah brain storming yang biasa. Just bincang dalam kumpulan tanpa perlu censor mana-mana idea yang disebut oleh ahli kumpulan.

Nampak macam senang. tapi, dah jadi kecenderungan manusia untuk komen pasal idea orang, dan yang lebih teruk komen idea sendiri sampai tak terkeluar idea tu dari mulut. Of course, boleh je nak gelak2 masa bincang; tapi bukan at the expense of the ideas. Jangan sampai aliran idea berhenti. Secara analoginya, biarlah langit cerah selalu, jangan dikeruhkan keadaan dengan halilintar (mulut laser) dan mendung (kritikan hitam) yang tak perlu. Dah namanya pun 'storm', biar berangin je dulu. Tok sah tambah dengan kilat dan halilintar. Dan juga tak perlu risau untuk dapatkan pencerahan: selesaikan ribut dahulu sebelum nak tengok pelangi dan matahari. 

Kalau nak tau hasil brainstorming pasal parking kereta, jemput tengok gambar kat bawah ni. Macam-macam idea ada. 

Lagi gila-gila idea tu, lagi I suka. Ada yang nak tido kat ofis?




No comments: