Monday, September 15, 2014

I know what i did last weekend

You want to know jugak ke?

Masalahnya, i dah tak berapa nak ingat. Hahaha. Jap eh... nak cuba ibgatkan balik.

Semalam Ahad kan? My wife and kids balik kampung. Tengah hari depa gerak balik, dalam keadaan hujan renyai-renyai. Lepas depa gerak tu, I pun ..errr.. tido balik. Lazatnya tido dalam keadaan sejuk dan sunyi. Punya la lazat tido sampai lupa lunch.

Dah petang tu baru lunch. Malas nak memasak, pergi ke Ampang Point. Mulanya nak makan spinach lasagna. Tapi kemudian rasa nak makan mee. Last sekali pergi makan sushi. Punya la mencapah proses pembuatan keputusan makan.

Lepas makan buat apa? Tak buat apa2 yang produktif. Ooooii...rugi masa.

So..itu lah weekend I.

Eh...tu baru Ahad. Apa yg I buat hari Sabtu?

Pagi Sabtu yang datang dengan langit nan membiru, I memakai sepatu menuju ke pintu kampus. Huhuhu. Ada program gotong royong di kulliyyah. Program ni untuk meraikan students yang baru daftar di kulliyyah. Yang masuk ada la dalam 600 orang. Yang datang adalah dalam 80 orang. Jadi le.

Masa program tu, sempatlah I asah skill menyapu sampah. Dah lama tak pegang penyapu cakar. Maklumlah, laman rumah bersimen dan tak berpokok. Ada tumbuhan saiz kecik je. Tapi, walaupun skill dah berkarat, kakak cleaner bertanya dalam nada pujian "memang biasa sapu sampah ke?"

Eh... pujian ke tu? Amboiii..akakkkkkk.

Lepas mengeluarkan peluh di kampung, I mengumpul lemak dengan pergi meneman wife ke majlis makan-makan ex-boss dia di Taman Tun Hussin Onn, Cheras. Dapat makan nasi dengan lauk ayam, aotong kembang, dalca, dan kuih muih. Dan dapat juga menjamu mata dengan rumah-rumah bersaiz mega. Ada satu rumah tu tingginya empat tingkat, dah nampak macam banglo berkembar siam dengam apartment. Siap ada chimney lagi. Fuiyoooo. Presidential Master Shaklee yang punya ke?

Takat jamu mata je la. Kagum dengan kekayaan material ya g orang miliki. Dan langsung tak cemburu kat orangvyang kerjanya membersihkan rumah tu. Huhuhu.

I nak banglo setingkat kat Taman TAR je. Hik hik hik. Masa tu, rutin weekend nya berbeza la kot? Kan? Kan?

No comments: