Friday, September 12, 2014

Muhammad Chan Abdullah: Makan Sedap

Kalau ikutkan, dah banyak merasa makan makanan yang sedap. Yang di kedai, di hotel, dan yang paling sedap tentulah yang di rumah; air tangan mak, isteri, adik-adik, kakak, dan kawan-kawan. Tapi, kali ni nak cerita pasal makan sedap di kedai di Malaysia ni, secara khususnya di KL. Saya pernah makan beberapa kali di tempat ni: tidak menghampakan malah mengujakan.



Restoran yang dimaksudkan ialah Muhammad Chan Abdullah; restoran makanan Cina muslim. Lokasi restoran yang saya pergi ialah di Taman Melawati. Kedainya senang je nak cari di bandar taman Melawati tu, tak tersorok atau terlindung. Dekat je dengan kedai Achik; kedai printing yang popular di situ.

Saya suka resotran ni sebab pilihan makanannya menarik. Menu yang palin suka ialah butter prawn. Hermmm..... suka benar makan 'sarang' udang tu; rangup, berperisa, dan tak terlalu berminyak. Walaupun kena berpantang makan udang, bila mengadap pinggan yang penuh butter prawn, jadi lemah menahan nafsu makan.

Satu lagi kesukaan saya ialah air asam boi. Tak tahulah asam boi jenis apa yang dia guna. Boleh dipadankan dengan epal hijau atau kedondong. Dua-dua saya suka. Pernah order dua gelas sebab tak puas minum segelas.

Yang jarang order, tapi suka makan ialah 'yam ring' (gelung keladi). Rasa lemak keladi tu...pergghh... memang tak boleh tahan. Makan dia saja pun cukup teruja - belum sentuh bahan-bahan lain di tengah-tengah gelung tu lagi.

Yang paling paling saya suka ialah ada bilik untuk solat di tengah-tengah ruang makan. Ruang bertutup ni kecik aje..boleh muat dua tiga orang je. Tapi sangat convenient. boleh solat sambil tunggu makanan sampai. Dan bila dah solat, tak de le ralat nak makan puas-puas - sebab takut balik rumah terus tertido kekenyangan. Hahaha.. Jangan buat perangai cam tu ya. Perangai buruk tu.

Kalau buat perangai elok-elok, boleh la reward diri sendiri dengan makan di restoran Muhammad Chan Abdullah.

No comments: