Friday, September 12, 2014

Otak Yang Menipu

Ada beza ke otak penipu dengan otak yang bukan penipu?

Silakan baca pendapat yang ditulis di sini dengan penafian bahawa saya bukanlah pakar neurologi dan bukan juga pakar tafsir. Saya nak berkongsi apa yang saya sempat bincang dengan rakan saya, seorang ustaz Nik Muhammad Nik Man selepas solat asar petang ini. 

Mulanya dia tanya pasal ayat daripada surah al-Alaq.

"No! If he does not desist, We will surely drag him by the forelockA lying, sinning forelock." [96:15-16]

Apakebendanya 'forelock' tu? Mengikut www.oxforddictionaries.com, forelock ialah 'a lock of hair growing just above the forehead'. Jambul le kot kalau diterjemah ke bahasa Melayu. Tapi, mengapa Allah kata jambul tu menipu? Kalau diambil tafsiran secara literal, hanya Allah yang tahu maksud sebenarnya. Kalau diambil secara figuratif, dan digabungkan dengan pengatahuan neuroscience, maka kita boleh ambil pengajaran bahawan 'rambut' yang dekat dengan dahi tu mungkin merujuk kepada saraf-saraf (yang membentuk 'jambul') di bahagian hadapan otak (dekat dengan dahi).

Apa istimewanya saraf tu? Saraf tu terletak di cuping frontal (frontal lobe). mengikut kajian ahli saraf dan psikologi, antara fungsi utama cuping frontal ialah mengawal tingkahlaku sosial dan fungsi kognitif tinggi seperti:
1. penyelesaian masalah 
2. menaakul
3. mengawal cetusan rasa (impulse)
4. tingkahlaku spontan
5. emosi
6. cetusan seksual
7. membuat perancangan

Kalau dilihat apa yang mampu dilakukan oleh cuping frontal, tak hairanlah kalau perbuatan menipu juga lahir daripada cuping ini. Jadi, tak hairanlah kalau Allah sebut secara spesifik, 'a lying, sinful forelock'. Bukannya rambut di tepi atau dibelakang kepala.




source: http://www.md-health.com/Lobes-Of-The-Brain.html


Mengikut Ustaz Nik, ayat dalam surah Al-Alaq ni merujuk kepada Abu Lahab yang mendustakan ayat-ayat Allah dan kebenaran yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, itulah sebab agaknya perkataan 'naasiyatin' itu berbentuk singular. Berbeza pula dengan ayat dalam surah Ar-Rahmaan, perkataan itu berbentuk plural (nawasi). Sebabnya, ayat itu merujuk kepada mujrimun (orang-orang yang berdosa menentang Allah dan Rasulnya). 

The criminals will be known by their marks, and they will be seized by the forelocks and the feet. [55:41]

Yang menariknya, Allah menggunakan perkataan yang sama, dan menambah pula dengan petunjuk lain iaitu 'marks' dan 'feet''. Apa maksud 'siimaahum'? Wajah? bolehkah kita mengenalpasti golongan mujrimun dengan tanda-tanda luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar?

Dan apa pula maksud 'kaki' yang akan ditarik bersekali dengan forelocks?

Ana (eh... ana?) kena berguru dengan ustaz Nik lagi. 

1 comment:

Ruzaini Marzuki said...

masya ALLAH!!