Student-Centred Learning Workshop



Kali ketiga dah agaknya dijemput menjadi fasilitator untuk modul SCL bagi program Basic Teaching Methodology Course (BTMC). Walaupun namanya basic, tapi ada participant yg dah punyai 14 tahun pengalaman mengajar. Dan ada juga yang belum pernah mengajar. Jadi, agak mencabar jugaklah kiranya kalau nak cater for individual background - quite a wide ranging level of experience.

Yang seronoknya, dapat share experience tentang beza antara SCL dan Teacher-Centred Learning. Dapat juga sembang-sembang dengan participants pasal kepentingan SCL. Ada sharing daripada sorang participant pasal cara dia handle student yang susah nak datang kelas 8.30 pagi. Mudah-mudahan ramai yang boleh ambil contoh yang dia beri.

Aktiviti berkumpulan pulak buat projek bina jambatan. Walaupun masa pendek, semua group dapat siapkan jambatan masing-masing. Dan hanya satu je yg fail ujian kekuatan. Tahniah semua!!!

Comments