Saturday, September 06, 2014

Students masuk universiti

Pejam celik pejam celik, minggu ni berakhirlah cuti semester. Minggu depan masuk kelas semula. Kejap benor rasanya 'bercuti' dari ngajar.

Semalam dapat preview students baru yang akan menghuni dan menghantui (?) bilik kuliah. Punya la ramai. Penuh dewan. Sampai ada yang terpaksa dijemput naik ke atas pentas. Gemor bebenor kome dengan program degree kat KIRKHS ya? Apapun, tahniah kepada semua yang berjaya masuk UIA. Ramai yang tak berjaya masuk mana-mana universiti: putih mata nengok gambar kome kat kampus. Jadi, bersyukurlah.

Masuk universiti bukan untuk bersenang lenang. Bukan check in kat hotel. Kalau rasa nak selesa, baik duduk kat rumah bawah ketiak mak bapak. Kome buat le kerja elok2 masa kat universiti: untuk kebaikan kome juga. Tajamkan minda, tingkatkan peribadi. Bukannya lemaukan badan, zombiekan fikiran.

Selamat menjadi mahasiswa cemerlang.

No comments: