Sunday, September 21, 2014

What I Love

Tanda-tanda cinta buku:

1. Teruja bila tengok buku; terutama buku baru atau buku klasik.
2. Suka tengok buku tersusun kat rak. Seolah2 the best scenery in the world.
3. Boleh tenggelam dalam dunia sendiri bila dikelilingi buku (cth: masa di kedai buku atau perpustakaan) sampai hilang sense of time. Sedar2 dah berjam2 kat situ.
4. Ada angan2 nak tulis buku.
5. Pegang buku macam pegang barang kemas yang berbatu permata. Ada rasa kagum, terpukau dan terharu bila tatap buku tu.
6. Pernah tido bertemankan buku.
7. Bila masuk kedai buku yang besar, keluar ayat macam "wow! I can be here forever"

Saya ada tanda-tanda tu. Jadi, memanglah saya cinta buku.

Masa di London rasa seronok pasal ada banyak kedai buku besar, Waterstones, Blackwell, W H Smith...and the grandest of them all...Foyles. Fell in love instantly with Foyles: 5 stories worth of reading materials for your pleasure.

Jom ke kedai buku.

No comments: