Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia

Selamatlah Malaysia
daripada pemecah-pemecah bangsa
mengingkari penyatuan
yang bersedia mengutip hamburan habuan
dalam kekeliruan yang direkayasa

Selamatlah Malaysia
daripada nakhoda-nakhoda tuli
yang tidak ambil peduli
rintih dan merahnya hati
kelasi yang berkeringat lebih daripada biasa
risau ditinggalkan arus
yang meminta lebih daripada memberi

Selamatlah Malaysia
dan sejahteralah
penjulang bendera
yang jati bertapak


No comments: