Cikgu statistik saya


Inilah cikgu statistik saya masa di University of Guelph. Namanya Ernest Darymple-Alford. Saya ambil 5 subjek dengan Prof Alford.

Subjek pertama dengan Prof Alford, Quantification in Psychology. Mula-mula rasa susah nak faham apa yang dia nak dalam kelas tu. Mid term: fail. Terbayang lagi nangis dalam bas bila dapat tahu fail - sedih sangat rasa bila fail exam dalam semester pertama di universiti. Takut kena balik awal ke Malaysia.

Lepas tu, ntah macam mana, agaknya saya dah lebih faham apa sebenarnya yang dia nak tengok dalam jawapan exam. Kena berupaya menerangkan angka menggunakan perkataan yang betul dan sesuai. Alhamdulillah...lulus paper tu. Dapat la A- (or was it A?). Maksudnya, ada peluang untuk menebus kekurangan dalam subjek asalkan tidak putus asa.

Subjek kedua tak ingat dah tajuknya. Tapi statistik jugak la. Yang ni dapat C+ je. Rasa a bit miserable belajar stats waktu petang pada musim sejuk. Kesan Seasanoal Affective Disorder kot. Rasa tak mampu nak perform dalam subjek tu. Masa ni la dengar ada orang hantar death threat kat dia. Tapi bukan saya la yang buat kerja tak senonoh tu.

Lepas lulus cukup makan tu, ada ambil paper statistik daripada Jabatan Ekonomi. Kalau tak silap, 3 paper. Lulus semuanya, Alhamdulillah, tak de sangkut.

Kelas terakhir dengan Prof Alford ialah kelas yang tak de kelas. Independent study. Ni satu subjek optional tahun akhir. Bila bincang dengan dia, dia galakkan buat programming guna TurboPascal. Masa tu la belajar programming .. berangan jadi student computer science (salah satu option yang disenaraikan dalam permohonan biasiswa JPA). Dapat jugak la serba sedikit skill programming. Projek yang terakhir tu tak boleh run pun. Tak reti nak debug. Tapi Prof bagi A jugak. hehehe

Sebelum balik ke Malaysia for good, saya hadiahkan koleksi stem Malaysia kat Prof. Tak tahu la dia simpan atau tak. Saya hanya dapat simpan memori belajar dengan dia, yang cemerlang pengetahuan statistiknya.

Thank you Prof Alford.


Comments