Monday, September 15, 2014

5 Sebab Kenapa Perlu Guna SPSS

Hebat sangat ke SPSS tu? Sampai kena belajar satu semester bagaimana nak guna.




Dalam kelas tadi, isu ini jadi mukadimah untuk memulakan kuliah. Guna Excel boleh, guna kalkulator pun boleh buat statistik. Kira tangan pun boleh. Jadi, mengapa nak susah-susah pakai SPSS?

1. SPSS mencepatan kerja. Memang la terasa susah pada awalnya untuk belajar pakai SPSS. Tetapi, habuan yang menanti lebih besar jumlahnya daripada kos yang ditanggung pada awal pembelajaran. The benefits outweigh the initial time investment. Analisis statistik dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Kalau dah ada ilmu statistik, memang boleh kira dengan tangan. tapi, bandingkan otak kita dengan SPSS, bagi kebanyakan orang, SPSS dapat menyiapkan pengiraan dengan sangat pantas.

2. SPSS mengurangkan kesilapan. Kalau kira pakai tangan atau kalkulator,  kesilapan mudah berlaku. Dan kalau dah tersilap, kena start mengira daripada mula... tak ke membazir masa tu? Kalau mengira average pun mengambil masa untuk kira semula kalau ada satu angka yang tersilap. Dengan SPSS, tak jadi masalah kalau tersilap taip angka. Nak membetulkannya mudah je. It is easy to recover from a mistake. Dan kalau semua angka yang dimasukkan dalam SPSS adalah angka yang betul, hampir mustahil untuk SPSS memberikan jawapan yang silap. Berbeza dengan manusia (terutama pelajar statistik), kalau ada 10 orang diberi masalah yang sama, tak mustahil akan dapat 10 jawapan yang berbeza.

3. SPSS boleh buat soalan yang rumit. Mengaku ajelah... kekadang tu malas nak mengira pemboleh ubah yang banyak. Serah saja pada SPSS untuk selesaikan. Memang berbaloi belajar SPSS untuk menyelesaikan masalah yang panjang dan rumit. Kalau semata-mata nak mengira pekali korelasi Pearson untuk 2 pembolehubah dari 10 orang, tak perlu nak belajar SPSS. Tapi, cuba bayangkan kalau nak buat factor analysis yang melibatkan 60 variables. tak ke lesut jari tekan kalkulator nak mengiranya.

4. SPSS meningkatkan tahap employability. Cuba bayangkan masa interview untuk jawatan pegawai psikologi. Kalau CGPA sama, tapi sorang tahu SPSS, sorang lagi tak tahupun SPSS tu menatang apa, agak-agak orang yang mana akan dapat kerja? SPSS ni dah dipandang sebagai satu knowledge and skill yang berharga dalam bidang pekerjaan. Kalau korang nak kerja sebagai penjual karipap di pasar malam, tokey karipap tu mungkin tak tanya pun pasal SPSS. Tapi kalau korang nak kerja dalam kategori 'knowledge worker', maka knowledge about SPSS boleh jadi aset.

5. Point kelima dan seterusnya hanya boleh diketahui kemudian nanti. Nak tunggu apa pandangan students yang ambil kelas Lab-Based semester ni fikir pasal SPSS. Ada ke tidak faedah yang depa nampak.

No comments: