Susah Sangat ke Nak Beri Salam?

Antara sebab pelajar Muslim tidak memberi salam apabila masuk ke bilik pensyarah:



1. Saraf-saraf di Broca's area berhenti berfungsi seketika, terumanya untuk menghasilkan pertuturan dalam bahasa Arab.
2. Cognitive script untuk masuk ke bilik pensyarah telah bercampur aduk dengan script untuk masuk ke bilik kawan di Mahallah.
3. Pensyarah bertindah sebagai stimulus yang menghasilkan kebangkitan fizikal dan fisiologikal (physical and physiological arousal) yang mengaktifkan sistem saraf simpatetik dan pelajar perlu menunggu sistem saraf parasimpatetik bertindak sebelum mampu memberi salam.
4. Pelajar tidak pernah melihat sesiapa memberi salam kepada pensyarah, yakni pembelajaran pemerhatian tidak berlaku.
5. Tingkah laku memberi salam tidak diteguhkan. Malahan, pensyarah akan menghukum dengan melemparkan buku kepada pelajar setiapkali mendengar salam daripada pelajar.
6. Pelajar berada dalam keadaan penafian (denial) bahawa mereka berada dalam bilik pensyarah.
7. Pelajar telah terkasima dengan kehadiran pensyarah sehingga lidah kelu untuk memberi salam (no psychological mechanism can be found to explain the behavior).


Susah sangat ke nak beri salam pada pensyarah?

Comments