Thursday, September 04, 2014

Bila Lelaki Pergi Facial

Siapa pernah pergi facial sila angkat tangan!

Ok. Turunkan tangan. Kalau kome yang angkat tangan tu ada kromosom X, teman nak beritau yang teman dah masuk geng kome. Sebelum bulan posa hari tu, teman pergi ke salun dan buat facial. Benda ni bukan dirancang sangat; spontan je jadinya.

Mulanya, dapat emel. Bila nampal perkataan FREE kat tajuk emel tu, terus buka dan baca. Ada satu kedai kat Festival City buat offer free facial utk pelanggan lelaki. Teman pun isi le borang dia. Tup tup...esoknya orang kedai tu call suruh datang. Laju je deme proses.. terus dapat buat appointment. Ate..teman pun pergi le.

Teman nak beritau.... kalau kome jenis ngeri atau lemah semangat, baik usah gi facial. Sebabnya...sebelum dia buat rawatan muka, dia buat skin analysia duku. Dia pakai kamera yg boleh zoom utk tengok keadaan permukaan kulit dan bawah kulit. Terkejut siamang rasanya bila nengok gambar yang dia ambil. Rasa nak terloncat-loncat dan jerit "itu bukan muka aku!!!" Ngeri, loya, dan rasa nak pengsan ( ok... agak dramatik dan exaggerate di aini). Kome pernah tengok gambar kulit yang berminyak dengan liang pori rersumbat? Cer bayangkan jalan raya yang ada penutup lubang besi bentuk bulat tu. Dan gandakan bilangan penutup 100 kali. Uwek... geli nengok kulit muka yg banyak liang2 hitam (blackheads). Dan takut tengok tompok-tompok merah bawah permukaan kulit.
Satu lagi, permulaan kulit ada garis2 berlipat. Mudahnya, berkedut. Amoi tu cakap, "ini sebab kulit abang dah kurang kolagen".  Dan dia bandingkan kulit muka dengan kulit lengan yang masih halus mulus. Rasa nak buat skin transplant je.

Setelah diberi bekalan nightmare yang secukupnya, amoi tu buat rawatan. Tak ingat semua rawatan yg dia buat. Ada sapu losen, wap, cas elektrik (tak sakit), dan picit blackheads (sakit sampai berair mata ... cisss. Malu kat amoi). Satu lagi yang dia buat ialah letak masker kolagen, tanah liat dan madu. Agaknya, kalau ambil gambar masa pakai masker tu, mau bertambah stok ngigau.
Lepas proses RnR (rehat dan rawat) lebih kurang 3 jam, amoi tu tunjukkan kesannya. Memang bagus!! Tompok-tompok merah berkurangan kemerahannya. Blackheads tak dapat dihilangkan semuanya. Tapi garis-garis miskin kolagen dah berkurang dengan ketara. Mantap! Rawatan berjaya menyerapkan kolagen ke muka untuk menambahkan ketegangan kulit.

Kalau kome tak gemar buat facial,  Shaklee ada kolagen yang sesuai dimakan. Bukan untuk tampal kat muka. Biar serapan tu berlaku dari dalam, bukan dari luar. Kalau ada ratus2 untuk buat facial collagen selalu, silakan. Tapi kalau teman disuruh pilih, tentu lw teman pilih kolagen Shaklee. Sekotak boleh guna 15 kali (ada 15 sachet). Dan harganya tak sampai harga sekali facial (bulan September ni ada promosi hebat pulak tu)

Owh... harga facial tu satu lagi bahan nighmare. Teman ceritakan lain kali. Rasa nak tido dulu..harap2 dapat mimpi kulit cantik lepas minum kolagen Shaklee.

ppsssstt... ada satu set yang elok untuk kesihatan dan kesuburan lelaki: Vita E, zinc, dan minyak ikan. Untuk beli, klik sinun


No comments: