Tuesday, September 09, 2014

5 Langkah Buat Masker Untuk Isteri

Penyediaan masker Vitamin C Shaklee untuk zaujati, Faridah Taib























Pssstt... nak tau satu cara ambil hati wife? Senang je. Tak perlu berbelanja besar. kaedah ni boleh digunakan di rumah waktu korang sedang rehat-rehat. Paling sesuai dibuat di waktu malam sebelum tidur - sebab apa yang korang kena buat ni memang santai dan boleh mendatangkan mengantuk. Jom tengok 5 langkah buat master untuk isteri.

1. Hancurkan vit C (sebiji pun dah cukup - tapi tadi terlebih sayang, guna 3 biji). Kalau guna lesung batu, pastikan sisa cili dicuci bersih2; kalau tak, free free je dapat masker pedas. Kenapa guna Shaklee? Sebab vitamin C dia berasaskan bahan natural. Tak de pewarna - kalau guna vitamin C yang pelik-pelik tu, nanti pelik pulak warna kulit muka korang. So, kalau nak guna vitamin C jenis lain, silakan tanggung sendiri kesan sampingan. 

2. Bila dah dihancurkan sehalus mungkin, bancuhkan dengan sedikit air; seelok2 likat untuk disapu ke muka. Kalau berbiji sangat, nanti susah larut dan nak lekat kat muka. Jadi, korang boleh guna kekuatan ibu jari dan jadri telunjuk masing-masing untuk hancurkan vit C tu. Kalau nak senang, patahkan dulu. Kalau ibu jari korang kurang power, boleh guna sudu. Tekankan pil dengan sudu beralaskan piring. Make sure pil tak melompat. Bila dah dibancuh, ratakan dengan penuh kasih sayang di muka isteri. Sambil tu, tengok-tengok la muka isteri dengan penuh perhatian. Tengok apa warna matanya (kalau belum perasan). Tapi, kalau nampak garis-garis penuaan, jangan cakap. Diam dan buat-buat tak nampak je yea. 

3. Tunggu sampai masker kering (dalam 20 minit). Tak perlu percepatkan proses pengeringan dengan mengguna blow dryer - panas pulak muka dan hati isteri korang nanti. masa tunggu ni, korang boleh la sembang-sembang. Cerita pasal perangai anak-anak, pasal kisah Nabi, dan apa-apa topik yang lain. Elakkan buat joke berlebihan, sebab bedak vit C tu akan mengering dan menegang. Tak sesuai kalau isteri korang gelak berdekah-dekah dalam tempoh pengeringan tu; nanti vit C tu boleh terpelanting jatuh bersama gugurnya deraian gelak ketawa.

4. Bila dah kering, atau rasa boring, mana-mana yang lebih awal, bilaslah muka dengan air bersih. Paling elok gunakan air bertapis. Nak senang cuci, pakai kapas pencuci muka, sebab masker tu terasa licin. Kalau pakai kapas, senang sikit nak sental. Jangan pulak guna berus sabut. Yang penting, bersihkan supaya masker ditanggalkan sepenuhnya.

5. Langkah kelima ini paling penting. Bila korang dah keringkan muka isteri, pastikan korang sentuh pipinya sambil berkata, "Wah.....lembutnya pipi sayang". Korang bayangkanlah sendiri apa kesudahannya kalau korang puji isteri sendiri. Kalau masih belum beristeri, sila puji diri sendiri.

Amalkan selalu untuk mendapatkan kesan terbaik. 

No comments: