Terbang lebih tinggi



Boleh terbang ke semua kapal terbang ni? Inilah hasil kerja peserta workshop pada hari kedua. Ini adalah workshop yang sama dengan yang saya tunjukkan hasil brainstorming startburst. Selepas diberi tools untuk berfikir dan selesaikan masalah secara kreatif, depa diminta buat kapal terbang. Kapal terbang yang nombor dua dari kiri tu berjaya jadi pemenang keseluruhan.


Masa pembinaan kapal terbang, memang nampak proses menyelesaikan masalah yang berkesan dalam group yang menang tu. Bila ada ahli yang usulkan satu penyelesaian, ada ahli lain yang tunjukkan penyelesaian yang lebih efektif. Komunikasi yang berkesan dapat meyakinkan semua ahli kumpulan tentang penyelesaian yang dicadangkan. 


Dah selesai workshop, biasa la..bergambar berkumpulan. :-)

Comments