Wednesday, October 15, 2014

Kenapa Saya Suka Menulis di Blog

Hari ini hari istimewa. Tertanda satu pencapaian peribadi dalam duni blogging. Hari ini hari terakhir Cabaran 30 Hari Blogging yang dianjurkan keluarga Shaklee saya. Alhamdulillah. Berjaya menyahut cabaran ini. Buat pertama kali dalam sejarah blog ni (betoi ka?) ada entry setiap hari selama 30 hari berturut-turut. Dan post ini adalah yang terakhir dalam cabaran ni. Walaupun post yang lain-lain tu tak berapa nak ikut topik yang dicadangkan, untuk penutup cabaran ni saya nak 'patuh' dan tulis mengenai mengapa saya suka tulis di blog.


Asal blog ni adalah sebagai bahan untuk diwariskan kepada anak yang tersayang (hence the blog's name: Intangible Inheritance). Saya suka nak rakamkan pemikiran, perasaan, pengalaman, dan gambar-gambar yang mewarnai hidup saya. Tujuan perkongsian di blog ialah supaya dia mudah nak mendapat bahan yang dirakam ini; bukan sekadar disimpan sebagai arkib di dalam komputer peribadi. Takut hilang entah ke mana. Biarlah ia 'hidup' di dalam cloud yang sifatnya lebih selamat dan kekal berbanding simpanan digital peribadi.

Satu lagi kelebihan tulisan-tulisan saya dihidangkan dalam public domain ialah untuk berkongsi dengan 'anak-anak' dan jugak mak bapak yang mungkin boleh memanfaatkan perkongsian. memang apa yang ditulis tu bersifat peribadi; tapi apa yang saya dapati ialah orang lain juga boleh terkesan atau sekurang-kurangnya berkata 'eh...saya pun ada pengalaman yang sama la". Seperti puisi, ada orang yang takut nak berkongsi rasa yang sangat intim dan peribadi sifatnya. Tapi, kita perlu akur ada ramai manusia di bumi ini yang mungkin mengalami yang sama. Mengawamkan yang peribadi itu bukan untuk mendedahkan diri, tapi untuk membantu orang lain melihat dan menghadam kesamaan yang mungkin mereka tak mampu atau belum dapat luahkan sendiri.

Jadi, sebenarnya, saya suka sangat tulis blog ni sebab ia jadi medan untuk berkongsi buah fikiran (harap2nya bersifat baik dan bermanfaat) dengan oran gyang tersayang; anak-anak sendiri, ahli keluarga terdekat, dan orang awam lain.

Semakin lama menulis blog (dah hampir 10 tahun!), harapnya makin banyak perkongsian baik yang dapat dilakukan. Selain menulis apa yang nak disampaikan kepada anak-anak, saya juga dah menulis apa yang mungkin lebih bermanfaat kepada peminat psikologi dan statistik. Ada perkongsian yang lebih khusus topiknya.

Bukan susah sangat sebenarnya nak menulis di blog. Tak perlu ada editor. Boleh guna gaya sendiri - tak terikat dengan gaya APA, MLA, Chicago, etc. ikut suka la nak tulis formal ke, tak formal ke, campur aduk ke. yang penting isinya boleh difahami. Jangan sampai diri sendiri tak faham pulak. Bila kita publish sesuatu dalam blog, sangat senang untuk disunting semula. Tak de kena bayar apa2 untuk perbetul atau tambah bahan ke dalam blog post tu. Bila fikiran dikosongkan dari kekangan kewangan dan disiplin kepenyuntingan, lagi la senang nak menulis. Sebagai contoh, kalau rasa nak berhenti menulis, bila-bila bila berhenti. Tak wajib nak letakkan kesimpulan atau penutup yang poetik.

Tamat.

2 comments:

Achey mohammad Nasir said...

terbaik bro..harap2 kita akn terus konsisten menulis blog walau tanpa cabaran

Harris Abd Hamid said...

thank you achey mohammad Nasir. Kehidupan itu sendiri adalah cabaran. :-)