Sunday, October 12, 2014

UTC Puduraya

Mak aiiihhhhhh.... panjangnya barisan kat pejabat imigresen. Melimpah sampai keluar bangunan.



Kat mana ni?

UTC Puduraya. Hari Ahad.

Kalau seramai tu yang beratur beli produk Shaklee tiap-tiap hari, pakcik terus jadi Master Coordinator la. Nampak hebat sangat sambutan kepada pembukaan pejabat imigresen di UTC. Semalam, pergi ke UTC Sentul dalam pukul 11. Dah abis nombor giliran. Laku macam credit top up.
Terima kasihlah kepada kerajaan yang mengusahakan pembukaan UTC. Lebih muda dan lebih pilihan untuk rakyat berurusan. Dan terima kasih juga kepada penjawat awam (kakitangan kerajaan) yang sanggup bertugas di hari minggu.

Kerajaan boleh melaksanakan program untuk rakyat dengan bantuan rakyat juga. Sama-sama menguatkan negara.

No comments: