Sunday, October 05, 2014

Restoran Bubba Gump


Kedai makan ni special sikit. Menggunakan tema Forrest Gump, decor restoran membuat kita berasa berada dalam filem Forrest Gump. Kaedah nak memanggil waiter pun mengambil guna dialog dalam filem tu. Kalau tak nak dikacau, biarkan plat 'Run Forrest Run' kelihatan. Kalau nak memanggil pelayan restoran, alihkan plat merah: pelayan sepatutnya akan nampak meja yang meminta Forrest untuk berhenti.

Restoran ini menghidangkan makanan laut, dan juga makanan darat. Fish n chips nya memang yang terbaik pernah dimakan. Kat UK pun tak merasa yang sesedap ini. Yang lain-lain pun sedap juga. Tak percaya, cubalah quesadilla. Memang lain daripada cucur udang - tak boleh buat bandingan pun.

Cawangan restoran ni ada di Citta Mall (Ara Damansara) dan The Curve (tempat pertama merasa makan).

Go Forrest Go.

No comments: