Monday, October 06, 2014

Pantun makan di luar

Daun palas dicalit kapur
Mahu diajar si bebal keldai
Bila malas masuk dapur
Langkah ke luar makan di kedai

Gula kapas tidak ditapis
Rendang kijin di dalam raga
Bila gas sudahlah habis
Walaupun rajin ke luarlah juga



Balang-balang jangan dibtembak
Nanti berderai berserakkan
Kadang-kadang jemu di tekak
Lauk di kedai yang diidamkan

Dayung perlahan dari suak
Perahu lajak menuju muara
Hujung bulan gajipun masuk
Ajak-ajak menjamu selera

Tangan digaruk terasa renyang
Burung terbang bulan mengambang
Bukan untuk mencari kenyang
Suka bergebang sambil menyembang

Tidakkan lada jadi hiasan
Ikan disalai disorok di meja
Walaupun tiada satu alasan
Rajin ke kedai seronok belanja

No comments: