Soalan Statistik













Kelas hari ini akan membincangkan analisis korelasi. Kita akan menggunakan contoh berdasarkan graf di atas. Dalam graf ini, kita dapat lihat dua pembolehubah iaitu 'indeks penglibatan rasuah' (IPR) dan 'bilangan undi'. Bilangan undi ialah pembolehubah nisbah (ratio) manakala IPR ialah pembolehubah ordinal. Justeru, 100 IPR tidak bermakna 2 kali lebih banyak daripada 50 IPR. Dalam contoh ini, IPR 10 merujuk kepada keadaan dimana seseorang tidak dilaporkan sebagai terlibat dalam rasuah. Seseorang yang disiasat oleh Lembaga Disiplin, tetapi tidak didapati bersalah diberi nilai IPR 50. Seseorang yang didapati bersalah tapi diberi amaran sahaja diberi nilai 100. Jika dilihat graf di atas, kesimpulan yang boleh dibuat ialah bilangan undi yang diterima seseorang berkadar secara positif dengan indeks penglibatan rasuah. Semakin seseorang itu terlibat dengan rasuah, semakin banyak undi yang diterima.

Soalan
1) Bolehkah analisis korelasi Pearson dilakukan ke atas IPR dan bilangan undi?
2) Adakah rasuah menjadi PENYEBAB kepada bilangan undi yang diterima?

Jawapan:
1) Analisis korelasi Pearson boleh dilakukan walaupun IPR bersifat ordinal. 
2) Tidak. Analisis korelasi hanya menunjukkan perhubungan, tapi tidak menunjukkan hubungan sebab-akibat. Undi tidak menyebabkan rasuah, dan rasuah tidak menyebabkan undi.

Komen.
1) Ok.
2) Yea la tu... teman percaya sangat dengan jawapan tu. Guna statistik boleh le buat statement macam tu. Mike bior bebenor.

 

Comments