Nikmat Yang Didustakan

(pic credit: Pinterest: Francine Schwartz)


Kadang kadang kita merungut sebab rasa disusahkan sesuatu. Bila ia hilang, baru kita sedar betapa besar nikmat yang dikatakan susah itu. Mungkin kita tidak sedar kita mendustakan sesuatu yang merupakan sebesar-besar nikmat kepada kita.

Antara dialog yang selalu didengar dalam kalangan mak bapak yang beranak kecil ialah "ligat sungguh bebudak ni. Tak sempat nak buat apa kalau di rumah". Satu lagi dialog yang berkongsi DNA, "dah anak-anak asik nak bergayut je... mana dapat nak buat kerja".


Sebagai ungkapan rasa letih, mungkin boleh diterima. Dalam kebanyakan kes, mungkin penutur dialog tu cuba menjustifikasikan kerja yang tak siap itu. 


Sebagai tafsiran alternatif, cuba fikirkan bagaimana seekor alien (kalau ia wujud ..dan boleh berbahasa melayu) mentafsirkan dialog tu.


Cik Alien: "Adakah encik bermaksud anak-anak menjadi penghalang untuk buat kerja di rumah?"


Itukah maksud kita? Kalau betul itu maksudnya, kita mungkin telah mendustakan nikmat. Kita letak anak-anak sebagai penghalang untuk kita bekerja. Atau kita merasa lemas sebab anak-anak menghalang kerja-kerja daripada diselesaikan. Bayangkan kalau kita bekerja di pejabat, dan kita cakap "Isshh...kerja tulis mensyuarat ni ganggu aku nak fokus pada KPI je", walhal menulis minit tu sebahagian tanggungjawab. Apa kata kalau bos nak suruh kita tumpu kepada KPI, maka ditariknya balik tanggungjawab menulis minit. Suka tak?


Kalau jawab ya, sila jawab soalan ni pulak, "Suka tak kalau Allah tarik balik anak-anak kita supaya kita boleh buat kerja kat rumah?"


Suka?


Comments

sebenarnya...setiap manusia ada masalah..kadang2 mereka tidak terniat untuk mendustakan nikmat yang ada..mungkin mereka hanya berkata secara lahiriahnya tanpa berfikir panjang pada ketika itu sahaja.. mustahil ada ibu atau ayah yg tidak sygkan anak2nya..fikir2knlah
Itulah...kadang2 kita lepas cakap tanpa fikir apa sebenarnya yang kita cakap.