Mengapa penting untuk proofread assignment

Proofread tu maksudnya membaca dengan tujuan memastikan tiada kesalahan dalam penulisan. Kalau dah penat-penat tulis assignment berbelas-belas mukasurat, eloklah kiranya mintak kenkawan proofread. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Tapi mungkin mata dah berpinau sampai tak nampak kesalahan yang ada dalam assingment tu. Bak kata omputeh, get a set of fresh eyes to look at your work.


Kalau kita tengok dalam contoh kat atas nbi, ada lima frasa yang digariskan. Boleh baca tak? Tak kan tak boleh baca... jelas je tulisannya. Tapi, boleh faham tak? Tak pernah la pulak tengok perkataan 'hireTability'. Kalau 'hireability' tu ada la. Kalau 'job hirtability' tu salah, 'job irratibility' tu lagi la salah. Walaupun perkataan 'irratibility' tu wujud, ia perkataan yang salah untuk digunakan dalam assignment ni.

Yang 'lawak'nya, 'hireability' ialah kata kunci yang juga digunakan sebagai tajuk assignment. Perkataan yang begitu punya penting dalam assignment ni pun salah taip? Memang lawak sampai rasa nak gelak berbakul-bakul. Kalau tak nak kena gelak atau kena sergah, sila proofread assignment.

p/s Nampak tak satu lagi kesalahan ejaan yang tak digariskan?

Comments