Thursday, June 26, 2014

Kisah penumpang erl

Syukur rasanya dapat naik erl yg laju dan cekap dari klia ke kl sentral. Memang saya lebih suka naik train dati naik bas atau kereta bila travel antara klia dan kl sentral. .biasanya, train tak penuh.

Malam ni, lebih ramai penumpang dari biasa. So, tak bolehbla bermewah dengan conquer tempat duduk. Malangnya, ada juga yg kiasu dan letak beg atas kerusi sedangkan ada penumpang yang mencari tempat duduk. Buat-buat tak nampak pulak.

Ada sorang makcik ni nak duduk, dia mintak pakcik sorang ni alihkan beg dia dari atas kerusi. Sampai kena sound baru nak alihkan. Kurang kuat kecenderungan menyenangkan orang lain agaknya.

Bila beg dah dialihkan (boleh la pulak!), ada satu lagi beg yg agak gedabak diletakkan di laluan. Awek (jepun?) Yang nak lalu cakap 'sorry' bila mengelak beg gedabak tu. Isshh... org yang tak buat salah pulak cakap sorry. Orang yg menghalang laluan tu buat muka selamba je. Walhal banyak lagi ruang nak letak beg.
Di manakah mereka meletakkan perikemanusiaan?

2 comments:

GematriA™ said...

biasa sangat benda2 macam ni klu dlm pengangkutan awam. kdg2 kita yg tengok ni panas hati.

Harris Shah Abd Hamid said...

kadang2 kita meletakkan kebendaan lebih penting daripada kemanusiaan