Tuesday, June 03, 2014

Balik Kampung

Balik kampung!!!

Dah lama tak balik kampung sebab banyak aktiviti pada hujung minggu. Kelas hari Ahad dah tamat untuk semester ni. So, sempat la memanjangkan hujung minggu (ambil cuti Khamis & Jumaat) untuk menjenguk keluarga di kampung. Mula-mula balik Kampung Pasir Panjang Laut. Ada orang tengah buat jambatan baru kat rumah mak. Hopefully boleh siap sebelum raya nanti. Senang orang nak kuar masuk ke rumah. Kalau tengok gayanya, lagi kukuh dan stabil berbanding jambatan dahulu yang dah mendap.

Petang Sabtu balik Kandang Hilir pulak. Tak de jambatan baru. Jambatan yang itu jugak le. Tak sempat menjenguk, bersih ke tidak jambatannya. Yang pasti, ayor sungai nampak keruh. Sebab hujan kot. Yang lain-lain, tak de le apa-apa yang baru. Abah dah berkebun kat tepi rumah, nanam jagung. Dan sepupu sambut kelahiran baby first dia hari Ahad di Ipoh. Sempat ziarah baby baru di hospital. Bila dipangku, terasa ringan benar. dah biasa dukung si hantap Adam dan Zayd. Bila pegang baby, rasa ringan je. 

Ahad malam tu balik KL. Tengah-tengah malam pun PLUS highway sesak. Sabor je la. Kena balik kul 1 pagi ke baru dapat drive jalan clear? Time tu mata pulak tak berapa nak clear...ngantuk. 

Teluk Penchalang ada horse riding. Tabik!

Adik yang bernama Adam tu pandai naik kuda padi yg bernama Mek Su. Adam berbaju biru takut nak dekat.

Penumpang kereta tak berbayor. Bikin takajut saja.

Segar je rupanya ikan kat pasar minggu Kuala Kangsar

Nampak macam tak ramai orang. Tapi memang ramai sebenarnya. Nak parking kereta pun susah.

Apa yg deme jual dalam gelap tu? Hahah... camera trick je tu. Elok terang je bawah teduh.

Ni dikira kibar separuh tiang ke cam ne ni?


No comments: