Monday, June 02, 2014

5 kesalahan menulis abstrak paper psikologi

Bukan mudah nak menulis paper psikologi kalau tak faham dan tak tahu apa yang nak ditulis. Sebagai lecturer, macam-macam jenis paper hasil kerja student yang dah dibaca. Ada yang buat kita rasa bangga. Ada yang buat kita rasa nak gelak. Yang buat kita rasa nak tarik rambut pun ada. Walaupun dah diajar dalam kelas, dan dikomen dalam paper yang dipulangkan, ada kesalahan-kesalahan yang berulang. Khusus untuk bahagian abstrak kajian, meh kita lihat 5 kesalahan dalam penulisan.

1. Tak bolehkah tak guna soalan?

Untuk mengekalkan bunyi (tone) formal penulisan, ayat pertanyaan elok dielakkan. Kalau tengok contoh di bawah, dah bunyi intro untuk artikel majalah pulak. Memanglah dalam sesebuah kajian psikologi kita perlu ada persoalan atau permasalahan kajian. Tapi, tak perlulah nak dinyatakan dalam bentuk soalan. Apatah lagi soalan berbentuk umum seperti "Will you help others when something bad happened to them?"


2. Lagi ringkas lagi baik. Jangan tulis panjang-panjang. Ringkas je. 


Satu cara untuk memendekkan abstrak ialah tok sah dok ulang-ulang benda yang sama. Kesalahan ni biasanya diperhatikan di bahagian intro. Berbelit-belit dan berpusing-pusing sebelum masuk bahagian kaedah kajian. Satu dua ayat dah mencukupi untuk memperkenalkan isu/masalah yang hendak ditangani, dan justifikasi kajian.

Students juga cenderung tulis panjang-panjang di bahagian intro apabila statistical results mereka 'not significant'. Yang tak signifikan tu ialah results statistik, bukan dapatan kajiannya. Walaupun p lebih besar daripada 0.05, tak bermakna kajian awak tak signifikan. Jadi, silalah tulis seperti biasa (i.e. kalau p lebih kecik dari 0.5) so that pembaca tahu apa yang awak dah buat sebenarnya.

3. Tak cukup 

Lawan kepada yang tulis panjang-panjang ialah tulis tak cukup isi. dalam bidang sains perubatan, biasanya ada sub-headings yang jelas seperti: Background, Aim, Methods, Results, Conclusion. Lima subheadings ni ditulis sebiji-sebiji. Tapi, dalam psikologi, kaedah ni tidak dipakai. Tapi itu tak bermakna isinya tak perlu dimasukkan. Dalam contoh kat atas, bahagian Background dan Aim ada, dan diikuti terus dengan Results dan Conclusion. Bahagian method entah ke mana. Cuma beritahu sumber data. Bagi kajian ekperimen, kaedah dan prosedur kajian perlu dinyatakan dengan jelas. Kalau takat baca abstrak ni, kita tak tahu rekayasa (design) kajian (berapa kumpulan kajian?), peserta (manusia dari planet mana?), bahan/instrumen (coklat Cadbury berkacang?) yang digunakan, etc. Bolehlah dikatakan ada kecacatan yang signifikan pada abstrak ni.

4. Pangkal tak berkaitan dengan Planet Pluto

Kalau ayat permulaan abstrak susah ditulis, ayat penghujungnya juga sukar dihasilkan. Bila dah berjaya melaporkan dapatan kajian (yeay!!!!! signifikan!), terasa bagai turun dari puncak klimaks ke dataran bosan. Jadi, ayat penutup abstrak mungkin tergelincir daripada laluan asal sehingga tak berkaitan dengan pangkal cerita. macam dalam contoh kat atas tu, penutupnya menyangkal dakwaan "male react faster than female in helping behavior". Tapi, di bahagian pengenalan, tidak pulak dinyatakan ada dakwaan sedemikian. Malah ada pertanyaan je. Bolehlah di katakan ayat penutup itu bukan kesimpulan. Ia tidak menyimpulkan apa yang telah dibentangkan. Ntah dari mana datangnya ayat penutup tu tak tau lah.  Planet Pluto kot.

5. Tk semak bhasa and ejaan

Kemahiran menggunakan bahasa telah diasah sejak dari sekolah rendah lagi. Al-maklum, tak semua orang guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa primer. Jadi, tak hairanlah kalau tulisan bahasa inggeris tu ada banyak kesalahan. Macam dalam post ni la. Ada berlambak kesalahan bahasa. Tapi abstrak ialah tulisan akademik yang formal. Kena la gunakan bahasa yang formal. Bahasa yang betul ialah asas penting dalam bahasa formal. kalau nahu berterabur, ejaan pun bersimpang-siur..jauh Nobel Prize dari saintis lah jawabnya.

Sekarang ni ada macam-macam bantuan dan alat untuk memeriksa bahasa. Kalau tak dapat gunakan khidmat Osman Baku, ada penyemak bahasa dalam talian seperti grammarly.com dan yang seperisian dengannya. Antara nak guna dengan tak je. 

No comments: