Recursive Report

Pada 5 Jun 2008 Utusan Malaysia melaporkan reaksi Dr Rais Yatim terhahap gesaan Datuk Musa Sheikh Fadzir. Terdahulu, dalam UM 4 Jun, DMSF menggesa Muhyiddin dan Rais dirujuk ke Lembaga Dispilin UMNO kerana membuat tindakan yg "menampakkan kelemahan parti di mata rakyat selain memberi ruang kepada parti pembangkang untuk mengambil kesempatan terhadap pergolakan dalaman UMNO."

Reaksi aku pulak ialah untuk menggesa DMSF dirujuk ke Lembaga Disiplin UMNO. Dia juga membuat kenyataan yg disiarkan di media hingga menampakkan kelemahan parti di mata rakyat. Secara sengaja DMSF telah meng'highlight'kan pergolakan dalaman UMNO dengan menonjolkan tindakan2 Muhyiddin dan Rais. Kalau betul dia nak membendung pergolakan dalaman UMNO, gesaan beliau perlulah berbentuk 'dalaman'. Tak perlu 'diluarkan'. Jadi, DMSF juga perlu dirujuk ke Lembaga Disiplin.

And, as long as we're on that line, ada satu lagi pihak yang perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin. Utusan Malaysia dikawal oleh UMNO, kan? Dalam hal ini, UM lah yg melaporkan tindakan2 Muhyiddin, Rais, dan DMSF. Jadi, sebenarnya, UM lah yg 'mendedahkan kelemahan parti ke mata rakyat'. Jadi, heretlah UM ke Lembaga Disiplin. Moga2, lepas ini, tertutuplah segala kelemahan UMNO dan pergolakan2 yang berlaku di dalamnya.

Adoi.... penin aku baca laporan surat kabar pasal org politik nih...

Comments

Anonymous said…
Emmm...memang tak larat dengan sandiwara politik diaorang nih...tak habis-habis!