Paksi Dunia

Bumi tak kan berhenti berputar
hanya kerana kau berhenti berlari

sekalipun rajuk membawamu duduk
dunia akan terus ke hadapan

kau bukan paksi bumi

seluruh hidup di dunia
tak kan berhenti
untuk duduk di sisimu
meratap dan memujuk
menunggu rajukmu hilang

yang hilang ialah dirimu
ditinggalkan dunia

Comments