Thursday, November 13, 2014

Slang orang Perak bila marah

Udah lama tak guna perkataan 'peronjang'.

Mungkin sebab tak ada benda yang berlaku sehingga perlu guna perkataan tu. Hari ni rasa 'bertuah' benor dihadapkan dengan jawapan-jawapan pelajar sampai terkeluar perkataan peronjang. Ate..geram bebenor teman membaca jawapan. Lain yang diajar, lain yang ditulis. Rasa nak campak kertas jawapan ke lubuk.

Bagi yang tak faham slang orang Perak, peronjang tu maksudnya, lebih kurang, '(what) the heck'. Biasanya digunakan apabila dalam keadaan marah, atau frust sebab tak faham apa yang orang buat sedangkan kita jangka dia boleh buat apa yang dijangkakan. Faham idok? Contohnya, cikgu Jemimah suruh muridnya buat karangan pasal 'musim durian'. Tapi, sorang muridnya tulis pasal 'mengapa saya nak bermake up semasa bersalin'. lalu cikgu Jemimah pun berkata: 'Apa peronjang yang kamu tulis ni?"

Satu lagi contoh; seorang pemandu sangat tak puas hati bila ditahan JPJ. "Peronjang apanya nak ukur nombor plet kereta aku ni?"

Sekian kuliah bahasa hari ni.

2 comments:

Telipuk Kuala said...

Kami orang utagha kata..."Apa ke jadahnya???" :)

Harris Abd Hamid said...

:-) Macam familiar je ayat tu