Friday, November 07, 2014

Amalan basuh tangan di hospital


Kalau kita pergi hospital, kita kena basuh tangan tak? Seelok-eloknya kita basuh tangan sebelum dan selepas mengunjungi hospital.

Mengikut amalan yang sepatutnya, jururawat dan doktor pun perlu membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pesakit. Amalan ni boleh mengurangkan hospital-acquired infections: jangkitan semasa berada di hospital. Elok-elok dah sihat, kena jangkitan pulak. Terpaksalah memanjangkan tempoh check in di hospital.

Berani ke nak tanya nurse? Ramai yangm acam takut-takut. Risau kot nurse marah gamaknya.

Jangan takut nak tanya kat depa, "Cik dah basuh tangan?" Kalau lebih daring, tanya "Cik nak saya tolong basuhkan tangan?" Simple je, tapi boleh mengurangkan banyak kes-kes yang tak perlu; kes-kes yang menyusahkan pesakit dan nurse jugak. Kan lebih baik kalau pesakit tak stay lebih lama di hospital?

No comments: