Pakej Komputer

Bila macam2 dah dimasukkan ke laptop, mula la dia slow. Yg terbaru, installed Photoshop CS3. Drive C dah mula penuh, kurang 20% ruang yang kosong. Dalam kepala, mula fikir nak beli komputer baru. Walhal, bajet belum ada untuk komputer. Tak pe la... berangan2 dulu.

Mengikut angan2 ni, nak beli 'web book' - laptop yg kecik dan ringan. Sesuai juga dinamakan palm top... sebab pegang atas tapak tangan. Itu sesuai untuk dibawa ke kelas bila mengajar. Tak de la berat untuk diusung ke sana sini. Bukannya selalu ada volunteer yang nak tolong bawak barang2 AV bila ke kelas. Cumanya, web book ni kurang laju & ruang simpanan. Memang sesuai untuk office suit dan surfing sahaja.

Kalau nak buat data analysis dan grafik, kena ada desktop yang power - cukup power untuk perisian yang berikut.
1) Open Office. Tak perlu lagi mengendeng pada MS Office yang mahal tu. Tak perlu rasa bersalah memandang versi lanun. Open Office boleh didapati percuma. Setakat ini, tak nampak kekurangan yang nyata dan serius pada Open Office. So, selamat tinggal MS Office....
2) Google Chrome. Dalam langkah yang sama, Internet Explorer keluaran Microsoft akan ditinggalkan secara beransur-ansur. Sekarang ni pun dah pakai Chrome - lebih laju, menarik, dan senang digunakan. Banyak short-cuts yang betul2 menjimatkan masa. 
3) QSR NVivo 8. Ni untuk analisis data kuantitatif. Kena cari geran penyelidikan untuk beli perisian ni.
4) Mendeley. Refworks dan EndNote perisian berbayar. Mendeley yang percuma ni boleh menggantikan kedua2nya. So, why pay when you can get it for free?
5) Perisian Google Picasa juga agak menarik. Sesuai untuk meletakkan grafik ke dalam talian. Senang nak update blog dan masukkan gambar ke FaceBook.

Itulah wishlist untuk komputer yang baru. Bila nak dapat komputer? Ha.. itu yang kita tak tau.


Comments