Jangan Bersidang

Ada satu lagi filem seram sedang 'berkumandang' di Malaysia. Selepas Jangan Pandang Belakang dan Jangan Tegur, keluar pulak filem Jangan Bersidang. Filem ini memuatkan lagu tujuh orang Puteri  yang tak berapa betul (berkain serong, bersanggul sendeng: otak pun mereng barangkali). 

Dalam surat khabar The Star (15 April), ada disiarkan dialog dalam filem tersebut. “We are not boycotting the assembly. We decided to gather at a hotel because we are very afraid,” he said at the hotel.

Entah apa la yang menyebabkan mereka takut bersidang. Agaknya, ada hantu raya yang akan datang mencekik mereka kalau datang bersidang. Tempat bersidang tu ada hantu raya ke? Kalau bersidang bawah pokok besar tengah2 malam, mungkin jugak ada YB (Yang Berhantu: dipilih oleh pengundi hantu) berminat menyertai perbahasan. 

Bila dibaca dialog di atas sekali lagi, timbul ketawa dek lucunya statement pelakon tersebut. Disebabkan takut, mereka berkumpul di HOTEL. Ya, di hotel. Agaknya, hotel jauh lebih selamat dari balai polis. Almaklum, polis pun boleh belasah orang sampai mata lebam. Nak berlindung di Kedutaan Turki, jauh sangat nun di KL. Nak berlindung di masjid, tak selamat jugak. Pagar masjid tak cukup kuat untuk menangkis 'hembusan' gas pemedih mata. Jadi, mereka memilih untuk berlindung di hotel. 

Ya... saya sangat kagum dengan kebijaksanaan YB yang sedang ketakutan ini. Patut sangatlah mereka diberi hormat. Saya cadangkan David Teoh menjemput mereka berlakon. Banyak filem yang mereka boleh jayakan seperti filem komedi Jangan Pakai Perdana dan filem economic-thriller (a-la Syrianna) Royaltimu Royaltiku Jua

Saya juga mencadangkan runut bunyi tambahan untuk filem ini: 10 Budak Bangang.




Comments

Telipuk Kuala said…
Err...saya pun nak cadangkan tambahan lagu bagi soundtrack filem ini..."Lompat si Katak Lompat".
:-) Kita boleh cadangkan Acis untuk menggubah muzik bagi lagu2 ni supaya sedap didengar, dan ramai yang berminat 'mengkritik'.
ukanera arenaku said…
hehehe, very sinis lah pak lang! i like!