Hari kaciwa

Semalam memang mendukacitakan. Disappointed. 

First, poster yang dipertandingkan tak dapat menang apa2 hadiah. Ada sepuluh hadiah, tapi tak layak. Bukan le nak sangat kat hadiah tu... tapi teringin nak dapat pengiktirafan hasil kerja. It was not meant to be. Tak pe la. Janji kerja dah siap. Poster tu nanti akan  dibawa ke NDM9 Conference in London. Selesai dua kerja dalam satu masa.

Sebaik sahaja abis pertandingan poster, bergerak ke Leicester untuk ujian memandu. Pergi ke sana dengan Halim yg lesen Malaysianya masih sah. Bila sampai di pejabat Driving Standard Agency, tak de sesapa yang menunggu. Kena tunggu pegawainya keluar. termanggu-manggu jugak sekejap sebab pegawai tu lambat keluar. rupa2nya, dia menyelesaikan masalah sorang calon yang datang dengan kereta sewa. Kereta tu tak diinsurankan untuk ujian mememandu... maka kaciwa lah calon tersebut.

Pakcik Ivan jadi penguji. Dia nampak okay je. Malangnya, tak lulus ujian disebabkan memandu melebihi had laju. Ingatkan jalan tu ada limit 40mph, rupa2nya 30mph je. Hampeh. Maka, bergandalah kaciwa pada hari itu. 

Sedey.

Comments

Unknown said…
That's what life is all about, ada hari gumbira, ada hari kuciwa..poster tu nampak dah cantik, tapi nak buat camner, xde rezeki nak menang. Don't be sad, at least u've gained the experience, sir!
sesekali kecewa, terasa kuat hasrat mencari tempat mengadu. Slogan 'Independent' rebah sekejap.