3 Hari Kekenyangan

Rasanya, dah 3 malam berturut2 makan kenyang2. Patutla badan makin lembab je. asyik ngantuk. Pagi tadi, timbang berat badan di tempat kerja. Result: bertambah 1 kg. Rasanya, dah lebih 2 tahun tak cecah 63kg. 

Agaknya, sejak ada kereta, makin kurang berjalan kaki. Kurang exercise. Raket badminton, tennis, dan ping pong dah lama tak sentuh. 

Cuaca sekarang ni makin nyaman. Minggu ni suhu dijangka mencecah 2 digit. Harap2 dalam kesibukan semasa, akan ada masa untuk riadah. Kena keluarkan peluh. Ringan-ringankan badan. 

Masa kerja di UIA, buat alasan tak de masa sebab kerja. Kat sini masa ada. Kekadang tu, malam2 tak tau nak buat apa. Boleh je joggin kat luar tu. Rasa selamat je. Tak de la macam kat certain areas di KL - especially area yg banyak building constructions. Kalau jogging sorang2, mau kena pao. Worse, kena attack by 'pencari-pencari rezeki tanpa permit'. So, moral of the story... exercise la woi! nanti bila balik Malaysia, buat alasan sibuk sebab kerja lagi. Badan tu dah makin berumur.... jaga la baik2.

Comments