Syukurlah Aku Kerdil

Syukurlah
aku tidak tahu semua
sebab musabab sesuatu peristiwa

Ditabirkan pemandangan
dibataskan pendengaran
dihadkan akal

Syukurlah
atas kurangnya upaya
untuk merungkai selirat plot hidup
tidak sepenuhnya mencapai faham
keperitan yang menandai episod

PadaMu
yang memiliki segala ilmu
terima kasih dariku
kerana tidak meletakkan tanggungan
menguasai misteri
di bahuku yang kerdil
cukup DiriMu
menyimpan rahsia hidupku

==========

Genap sudah setahun dakapan terlerai.

Comments

ukanera arenaku said…
dakapan terlerai?
hmmm...
faizsaaid said…
Tuhan Maha Kuasa