PhD atu Hobi?

 Examiner: "Apa yang membuatkan awak laksanakan kajian tentang penilaian terhadap kaedah penjurian dalam sayembara puisi?"

Calon PhD: "Sebab saya sangat geram dengan keputusan sayembara yang selalu macam hampeh. Karya yang bukan-bukan diangkat sebagai pemenang. Karya penulis
hebat
tak masuk senarai pendek pun. Juri pun tak diketahui siapa orangnya. Sebab itulah saya buat tesis PhD ni."
===
Adik kakok.... PhD bukan tempat untuk lepas geram. Kalau geram, kecam puas-puas di media sosial.
===
Examiner: "Apa yang menyebabkan awak buat kajian hubungan antara warna dinding pejabat dengan tingkah laku mengular?"
Calon PhD: "Oh..senang je jawapannya. Saya dari kecil lagi memang suka aktiviti mewarna. Saya selalu tolong ayah saya mengecat dinding rumah. Ayah saya tukang buat rumah orang. Hidup saya penuh warna warni. Dan, secara jujurnya, saya juga suuuuuka mengular."
===
Adik abe ... PhD bukan hobi. Kalau betul suka mewarna, carilah aktiviti hobi yang sesuai. Isilah masa lapang dengan hobi.
Landasan utama PhD ialah penyelidikan. Perlu ada landasan bersifat penyelidikan untuk mendirikan tesis. Bukan geram. Bukan hobi. Kalaupun ada geram atau hobi, ceritakanlah di luar tesis.
"Kajian lepas tidak menunjukkan keputusan yang jelas berkenaan kriteria yang sesuai digunakan dalam penjurian puisi. Tidak ada bukti jelas bahawa kiteria yang digunakan mampu membezakan puisi yang baik daripada puisi yang jelek."
Kalau justifikasinya begini, examiner pun selesa menilai tesis. Examiner senyum meleret. Tidak geram.
Examiner pun ada hobi.

Comments