Justifikasi Kajian PhD

 "Kajian ini juga mengukuhkan Teori Penentuan Agenda memandangkan kedua-dua akhbar berkenaan menunjukkan kecenderungan terhadap amalan penentuan agenda kerana akhbar-akhbar berkenaan dimiliki oleh parti pemerintah yang mahukan pengamal media kedua-dua akhbar berkenaan menterjemahkan agenda parti dalam semua liputan dalam halaman

akhbar mereka"
(Petikan abstrak tesis PhD).
===
Kesimpulan kajian ini boleh diberi tindak balas "eleh...dah tau pun. itu pun nak kaji".
Mengapa?
Objektif kajian ialah "mengenal pasti agenda akhbar bahasa Melayu semasa tempoh kempen pilihan raya umum".
Kalau dah memang tahu akhbar berkenaan milik pemerintah, dah tentulah agenda parti diterjemahkan dalam liputan akhbar mereka. Bak kata Homer Simpson, "D'uh!!!"
Sebagai perbandingan, ada Pakcik Padi yang merupakan tuan tanah. Dia suka tanaman padi. Dia upah orang kampung untuk tanam padi di bendang miliknya.
Satu hari, dia pergi ke bendang untuk kenal pasti apakah yang orang kampung tanam dalam bendang. Dia buat hipotesis orang kampung tanam padi di bendang.
Weh.... pelik sangat ke tanam padi di bendang? Perlu buat hipotesis? Perlu buat kajian?
Kalau pun nak melawat kawasan, cubalah tengok padi jenis apa yang ditanam. Atau tengok juga tanaman apa yang ada di samping padi. Ada yang tanam jagung atau pisangkah? Ataupun, buat perbandingan tanaman di bendang miliknya dengan bendang milik taukeh lain.
Dalam abstrak kajian, tiada pernyataan masalah yang jelas untuk mewajarkan kajian ini jika andaian 'akhbar milik parti pemerintah' sudah kukuh. Kalau tak buat kajian pun, dah tahu dah akhbar tu akan buat liputan manifesto BN. Nampak kajian ini seperti urusan parti: nak semak akbar Utusan dan Berita Harian ikut rentak UMNO atau tidak.
Nilai akademiknya tidak terserlah.
Apa perlunya mengenal pasti (identify) agenda akhbar?

Comments