Meraikan vs Merayakan

 Rakyat berhak meraikan keputusan mahkamah. Kes ini telah dan masih memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat. Rakyat layak dan patut

1) menikmati psychological closure berkenaan seorang individu besar dalam kes ini. 'Innocent until proven guilty' telah disimpulkan dengan penolakan rayuan akhir. Rakyat boleh memegang keputusan guilty itu.
2) merasa lega dan puas hati dengan sistem kehakiman. Buat pertama kali, seorang bekas PM disabitkan kesalahan atas jenayah korupsi.
3) mendapat sebahagian rasa keadilan setelah pencuri duit rakyat ditangkap dan dihukum.
4) dapat rasa positif dan optimis bahawa pesalah korupsi - terutama dalam kalangan jerung - lain akan diadili dengan telus.
Memang kita tidak digalakkan membenci individu. Tak mendatangkan banyak faedah peribadi pun kalau mencaci, mencerca, dan menghina pesalah. Perhatikan dan bermuhasabah apa yang kita hendak raikan.
The Guardian: Malaysia’s ex–PM Najib sent to prison as final 1MDB appeal lost.

Comments