Statistik Koboi?

Adat orang Melayu berseni dan lembut. Ada juga logik yang menjadi dasar adat. Satu contohnya ialah adat dalam urusan perkahwinan. Ada adat merisik, meminang, bertunang, bernikah dan kenduri. Apa logik disebalik adat yang berantaian ini?

Merisik bertujuan mendapat 'green light' untuk meminang. Kalau calon menantu sudah berpunya atau dipinang orang, maka tak boleh la nak hantar rombongan meminang juga.

Bila dah meminang dan diterima, boleh la teruskan dengan bertunang: buat ketetapan dan janji ke arah pernikahan. Jadi, ada 'pre-requisites' yang perlu dipenuhi sebelum bernikah. Bukan kahwin ikut cara koboi (tak pasti datang dari mana istilah koboi ni).

Dalam analisis statistik pun begitu juga. Ada adat yang perlu diikut supaya hasil dihujungnya adalah hasil yang baik. Sebagai contoh, katalah ada pelajar nak uji ciri psikometrik instrumen kajian yang dah diterjemah ke Bahasa Melayu sebelum digunakan untuk menguji model hubungan antara variabel. Jadi, dia plan nak buat EFA, CFA dan SEM.

Apa tujuan buat EFA? Untuk ekstrak faktor(-faktor).

Apa tujuan buat CFA? Untuk sahkan faktor(-faktor) yang telah diekstrak.

Apa tujuan buat SEM? Untuk uji hubungan antara variabel.

Sounds like a good plan.

Taaaaaaaapi......

Pelajar ni buat data collection bagi EFA dan CFA SERENTAK. Dia dapatkan 300 responden, dan pecahkan sampel tu kepada 2: 150 untuk EFA, dan 150 untuk CFA. Lepas tu dia buat analisis EFA dan CFA.

Ok ke tak ok ni?

Berbalik kepada contoh adat merisik dan meminang tadi, kalau merisik tak lepas, maka tiadalah peminangan. Confirm dan confiden ke boleh 'lepas' EFA untuk masuk ke CFA? Jika EFA memperlihatkan bahawa struktur faktor tak jelas, ada item yang perlu dibuang atau diubah suai, ada item yang berpindah ke faktor yang berlainan, maka segala ubah suai itu perlu diselesaikan dulu, kan?

Kalau risikan tidak berjaya, maka perlu merisik semua dengan kelengkapan yang berbeza. Secara analoginya, maka, langkah yang logik ialah selesaikan EFA dulu, kemaskan instrumen, kemudian baru cari responden baharu untuk buat CFA. Kalau buat kajian CFA serentak dengan EFA, ibarat meminang anak dara orang tanpa ada kepastian bahawa dia 'available' untuk dipinang.

Yakinlah bahawa statistik bukan sekadar bermain dengan normbor sahaja. Kita perlu jelas tentang sumber nombor, dan bagaimana seharusnya ia digunakan. Jangan sampai terjebak dengn analisis koboi.

Comments