Mana kebenaran di dalam tesis?

Surah al-Asr bukan surah yang asing bagi kebanyakan muslim. Di Malaysia terutamanya, secara peribadi, saya rasa surah ini elok dibaca sebagai peringatan sebelum pembukaan majlis (supaya majlis tu dimulakan tepat waktu tanpa lengah yang tak sewajarnya seolah-olah tak endah makna perkataan 'al-Asr' tu sendiri). Sebagai penyelidik, tanggungjawab menyampaikan yang benar dengan penuh sabar adalah satu tanggungjawab berat.

Bagaimana laporan penyelidikan boleh 'meloncong' daripada landasan kebenaran?

1) Pengkaji claim bahawa 'tidak ada kajian yang pernah dilakukan tentang topik X', padahal ada kajian-kajian yang telahpun diterbitkan. Cuma pengkaji yang tak mencari dengan teliti.
2) Pengkaji menggunakan bahan daripada pengkaji lain dan claim ia sebagai bahan sendiri. Bahasa ringkasnya, PLAGIAT. Hormatilah sanad bahan dan saintis yang meriwayatkannya.
3) Data ditokok tambah atau direka-reka supaya laporan dapat disiapkan. Atau hasilnya serasi dengan apa yang diharapkan oleh pengkaji atau penaja kajian. Pemalsuan data bukan satu perkara terpencil. Banyak artikel yang ditarik balik daripada jurnal kerana ada keraguan data yang dilaporkan. Syarikat komersil pun ada 'melacurkan' saintis untuk menghasilkan laporan kajian yang memihak kepada 'kebaikan' produk mereka.
4) Analisis dilaporkan secara tidak benar. Data 'dipukul' bertubi-tubi sehingga pengkaji dapat apa yang diinginkan. Dalam kata lain, manipulasi analisis berlaku untuk menyokong kehendak pengkaji. Data dipaksa 'bercakap' apa yang pengkaji hendakkan.
5) Kalau orang berniaga, ada kes 'tipu timbang'. Penimbangnya diejas supaya bacaannya memihak kepada peniaga. Dalam analisis data pun begitu juga. Ada yang memanipulasi instrumen atau alat pengukuran sehingga ia memberi bacaan yang dikehendaki penyelidik. Buang item, tipu fit indices, kumpul data secara bias, dan macam-macam kaedah lagi boleh dibuat untuk membuat bacaan jadi cantik.

Mungkin saudara2 boleh tambah kepada senarai ini. Marilah kita sama2 cuba berpegang dengan kebenaran sebaik yang mungkin walaupun cubaannya kuat.

#notpsikologi

Comments