Bercerita vs Mengulas Cerita

Katakan kita baru selesai tonton satu filem.

Kalau kita ceritakan semula filem itu dari mula sampai akhir, kita *menceritakan* filem.

Kalau kita ambil elemen tertentu (plot, watak, latar, muzik, falsafah) dan bincangkannya, maka kita *mengulas* filem tersebut.

Untuk pembentangan akademik, artikel review lebih kepada ulasan berbanding menceritakan semula artikel. Pada saya, mengulas lebih sukar berbanding menceritakan semula. Mengulas memerlukan input kita sendiri dalam menilai elemen-elemen dalam artikel. Kalau sekadar menceritakan semula, maka kita bergantung banyak kepada sumber asal sahaja.

Sebagai satu bentuk latihan akademik, ulasan artikel membantu pelajar membentuk kemahiran berfikir aras tinggi. Pelajar 'dipaksa' memahami isi artikel dan membandingkannya dengan standard sains (cth: kaedah kajian, prosedur eksperimen, penulisan akademik dll). Jadi, ulasan artikel memerlukan pelajar 'berdiri di luar artikel' dan bukan sekadar 'berjalan di sisi artikel'.

Selepas menguasai kemahiran mengulas artikel, saya percaya pelajar akan lebih mudah menguasai kemahiran mengulas literatur yang lebih mencabar.

Comments