Menyelesaikan Masalah?

"Saya nak kawin satu lagi" kata Sudin yang telah beristeri dan ada 5 orang anak yang masih bersekolah. Dia tidak bekerja dan tiada punca pendapatan tetap. Dalam 5 tahun yang lepas, beberapa kali dia 'check-in' di balai polis kerana kes curi.
"Kahwin tu kan sunnah," sambungnya.
Memang benar, berkahwin itu bukan dosa.

"Jadi, kamu nak Tok buat apa?" kata ketua kampung yang masih belum faham sepenuhnya hajat Sudin.
"Liza, bini saya tu, dia macam tak setuju. Boleh tak Tok pujuk dia? Saya rasa dia akan dengar cakap Tok"
Berkerut dahi ketua kampung mendengar permintaan Sudin.
"Kerja gila! Apa kejadah aku pulak yang nak pujuk bini kamu bermadu?" Tinggi suara ketua kampung. Dalam hatinya, kalau dia pandai memujuk, sudah tentu dia juga sudah beristeri dua.
"Bokeh la tok," kata Sudin sambil tersengih.
"Lagi satu..." Sambung Sudin dengan berhati-hati '... boleh tak saya pinjam RM5,000 untuk buat belanja kawin?"
Ternganga mulut ketua kampung dengan permintaan lanjutan Sudin.

"Kamu nak kawin dengan siapa sebenarnya Sudin?" tanya tok ketua untuk mengalihkan topik.
"Itu la tok.. saya baru nak pergi merisik ni."
"Aik? Kamu dah ada calon ke tidak ni?"
"Dah ada. Tapi calon tu belum tahu lagi" makin bergula senyum Sudin.
"Iya ke Sudin? Entah-entah kamu syok sendiri ni?'
"Yang penting, tok setuju," kata Sudin dengan nada yang lebih serius.
"Apa kait mengait dengan aku pulak?" Makin berselirat saraf tok ketua nak memahamkan hajat Sudin.
"Saya... Saya... Saya nak pinang anak dara bongsu tok. Dia kan dah habis belajar universiti? Boleh tak tok?

Sebaik habis ayat itu dilafazkan, tekanan darah tok ketua naik 43%. Dijegilnya Sudin dan tangannya terketar-ketar menahan marah. Kalau seluruh wajah tok ketua dilihat dengan dekat, akan nampaklah urat-urat darah timbul di dahinya.

Tok ketua berdiri dan terus memasang kuda-kuda. Lengannya diangkat dan digerakkan perlahan-lahan ke belakang seolah-olah gerakan taekwando. Setelah mengatur nafasnya, dia merenung tepat ke arah Sudin yang masih membatu di sofa.

Sambil meluruskan kedua-dua tangannya ke depan, tok ketua menjeritkan "kamehamehaaaaaaa!!!!!" Hampir satu kampung dengar dentumannya. Sudin tercampak jauh ke kampung sebelah.
Sejak hari itu, Sudin hilang keinginan berkawin dua.

=====

Moral of the story, tak semua masalah perlu diselesaikan. Apa kejadah nak tolong Sudin kawin dua sedangkan dia tak mampu?

Begitu juga dengan 'research problem' tak semuanya perlu dijawab atau diselesaikan. Hanya kerana ada 'gap', tak semestinya gap itu perlu ditutup.

Comments