Inovasi Penambah Masalah

Katalah kita terbaca tentang produk-produk baharu dalam pasaran.

A black highlighter pen
Glow-in-the-dark sunglasses
Waterproof teabags
Fireproof matches
A pedal powered wheelchair
Child-proof milk bottle
Odorless cheese
Heat-resistant wok


Nampak macam gak kan? Adjektif 'waterproof', 'fireproof' dan 'heat-resistant' memang biasa digunakan dalam memasarkan produk yang inovatif, kreatif, dan mengurangkan pitih.
Disebalik nama yang gah dalam pemasarannya, produk-produk di atas sebenarnya tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Kalau botol susu dah dikalisbayikan, macam mana bayi nak minum?

Keju yang hilang bau samalah seperti budu hilang aroma yang boleh menaikkan selera makan.
Kalau uncang teh dah jadi kalis air, macam mana serbuk teh nak melepaskan rasa dan aromanya ke dalam air panas?



Inovasi (dalam bahasa Arab boleh disebut bidaah) tak semuanya bagus. Ada yang bersifat regresif: dah elok2 ada uncang teh biasa, dibuatnya pulak uncang teh kalis air. Sudahnya, tak dapat minum teh.
Ada juga inovasi yang kononnya menyelesaikan masalah; tapi sebenarnya ia membawa masalah lain yang mungkin lebih teruk lagi. Pandangan peribadi saya, vape bukanlah penyelesaian bagi ketagihan rokok. Vape itu sendiri telah banyak dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti kerosakan paru-paru. Lebih teruk dan cepat kesannya berbanding rokok.

Kita cuba perhatikan juga inovasi atau bidaah dalam program psikologikal, keagamaan, dan kehidupan secara umum. Ada inovasi yang nampak menarik (lihat istilah gah yang digunakan) seperti menyelesaikan masalah: magnet rezeki, doa cepat makbul, anak otak cerdas, imunisasi alami, dan sebagainya. Mungkin ada di antaranya memang baik dan berasaskan ilmu yang betul.
Penilaian daripada pakar bidang sangatlah diperlukan untuk kita memastikan inovasi berkenaan betul-betul boleh diterima dan meningkatkan kualiti hidup kita. Jangan sampai kita terjebak dalam ajaran-ajaran yang nampak Islamik, tetapi DNAnya ada kufur dan syirik. Lari dari asap rokok, masuk dalam asap vape. Konon nak mendekatkan diri dengan Allah swt, tapi tanpa sedar kita makin mengurangkan sifat kehambaan kita.

Inovasi yang tidak diselidiki mungkin memberi kesan kepada kesihatan fizikal, psikologikal, sosial dan akidah.
Mungkin kita akan membazir masa, tenaga dan wang ringgit untuk membeli inovasi yang tidak berfaedah.
Mungkin kita akan membazir masa, tenaga dan wang ringgit untuk memulihkan diri akibat kesan buruk inovasi itu.
Mungkin kita akan membazir kehidupan di dunia dan memburukkan masa depan di akhirat akibat inovasi yang memesongkan akidah.

Kita perlu ada ilmu dan iman yang cukup untuk kalis terhadap inovasi yang buruk. Jangan pula kita kalis ilmu dan ilmuan sehingga kita terperosok jauh dalam kefahaman serong.
Jom minum teh.

Comments