Peduli Bahasa

KULIYAH Pergigian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi universiti pertama yang menggunakan perisian berkaitan pergigian untuk aplikasi pelajar di kampus di Kuantan, Pahang. (MyMetro, Isnin, 15 Jun 2009).

Mari kita bermain aljebra bahasa.

Lengkapkan ayat berikut:   _______ membajak tanah.

Tempat kosong dalam ayat di atas boleh di isi dengan perkataan Petani, Kerbau, YB, dan sebagainya. Kata nama yang sesuai boleh melengkapkan ayat berkenaan. Kita juga boleh menggunakan pembolehubah X di tempat kosong itu untuk mewakili sebarang kata nama yang sesuai. Jadi, ayat berkenaan boleh dibaca sebagai: X membajak tanah.

Lihat kembali ayat dari MyMetro di atas. 

Menggunakan hukum aljebra yang telah diterangkan, ayat berkenaan boleh ditulis semula sebagai: X menjadi universiti pertama .........(hingga akhir)

Mengikut struktur ayat di atas, X ialah sebuah universiti.

Bila pulak Kuliyah Pergigian (UIAM) menjadi sebuah universiti? 

Comments

Unknown said…
whoaaa, sangat teliti!
Alangkah baiknya kalau wartawan (dan editor) buat kerja dengan lebih teliti.
Unknown said…
yup, sokong! baru2 ni baca sebuah novel, jalan cerita boleh tahan, sayang editing hampeh, sakit mata nak habiskan baca.