Ganti ekzos


Kereta ni dah lebih 11 tahun umurnya. Walaupun masik okay secara keseluruhannya, ada beberapa bahagian yang perlu diambil perhatian. Masa buat MOT hari tu, ada diingatkan satu bahagian yang mungkin menggagalkan ujian MOT yang berikutnya. Itu cerita bulan 11 lepas.
Di bulan 6 ni, peringatan yang didiamkan sesuka hati telahpun menjadi bising. Bila kereta bergerak, dengar bunyi yang tidak menyenangkan. Terasa gatal gegendang telinga mendengar bunyi gegar dari bahagian belakang kereta. Bila ditengok, memang dah berkarat. Nampak uzur ekzosnya.
Steve Slattery Cars (BMW Specialist) jadi tempat mengadu. Pakcik Vijay yang gigih berbisness berkerusi roda menghalakan perhatian kepada Yash. Adalah iras2 Yash Chopra kat Bollywood tu. Kalau tak bau2 bacang, ada la sket warna2 manggisnya.
Ingatkan boleh buat repair on the spot. Tapi, Yash sibuk. Dia suruh buat appointment dulu. So, hari berikutnya, selepas tolong abg Khairul Anuar sekeluarga angkat barang ke kontena, baru la menjenguk garaj sekali lagi. Appointment pukul 2. Yash muncul pukul 2.05. Bila dia dah buat pemeriksaan, dia ajak ke ruang repair kereta. Bila dah berada di atas pelantar yang dinaikkan, nampak lebih jelas masalah pada ekzos tu. Bukan sekadar badannya yang berkarat, paip penyambungnya pun dah longgar. Patut la kuat benar bunyi gegarnya. Macam rattlesnake kena batuk kering. Memang kena ganti keseluruhanya.
Kos ekzos termasuk upah fitting ialah GBP106. Bila dijumlahkan dengan VAT, jadi GBP122. Ok la. Memang tak berani nak expect kos repair di bawah GBP 100. Yash kata dia boleh order dan pasang ekzos tu dalam masa sejam. So, tunggu aje la di pejabatnya. Nak berjalan2 ke luar, tak berselera, sebab langit mendung. Takut kehujanan.
Bila ekzos sampai, Yash naik angin sket kat supplier. Ekzos yang dihantar bukan seperti yang dipesan. Salah model!
Seronok jugak dengar dia negotiate dengan supplier. Berkali2 menalipon. Model yang sebenar lebih mahal daripada yang dah dijanjikan kepada pelanggan. Memang agak kasar bunyi dia membambu penerima pesan . Nothing personal. Cuma tegas dalam menjalankan tugas. Akhirnya, dapat model yang sesuai, tapi murah GBP10, dan ada warranty setahun sahaja berbanding dua tahun seperti pesanan asal.
Setelah 2 jam lebih menunggu, siaplah sudah kerja mengganti ekzos. Agaknya, Yash nak ambil hati sebab membuat pelanggan tunggu lama, dia beri diskaun. Bayar GBP100 sahaja. Atau, mungkin saja dia nak menggalak pelanggan datang lagi. Apatah lagi, ayah ada sebut ayah nak beli BMW 3 series dari dia kalau dia ada menjual.
Ada kereta tahun 2001, model 6 valves, dan mileage baru 60,000. Harganya, GBP4000. It had better have a good non-rusting exhaust pipe!
p/s: Sekarang ni, gegendang telinga seronok didodoikan bunyi kereta. Derumannya lebih lunak. And... errrr... a little bit sexy. Macam kereta sports sket.

Comments