Inovasi kenduri

Ramai yang mengeluh bila memikir perbelanjaan urusan kenduri kahwin. Barang-barang mahal, naik harga. Upah pro dan semi-pro boleh mengeringkan poket. Jadi, berikut diturunkan beberapa cadangan untuk mengurangkan belanja sambil mengekalkan kemeriahan kenduri kendara orang Melayu.

1) Juadah: Gantikan nasi dengan roti canai. Atau nasi lemak dengan satu dua lauk sahaja. Tak perlu berbelanja besar menyediakan nasi dan lauk empat lima macam. Tetamu yang datang tu bukan semuanya datang dengan perut lapar. Ada yang dah hadir tiga empat kenduri sebelum itu. Jadi, makanan separa-berat pun dah cukup. Kalau nak lagi best, sediakan lemang. Padankan pulak lemang dengan rendang tok, rendang pedas ayam, atau sayur pindang. Kecur air liur pakcik.

2) Fotografi: Gunakan saja khidmat sedara mara atau kawan-kawan yang ada DSLR. Plan betul2 sebelum majlis. Kalau dengan sedara mara, insyaAllah boleh runding untuk sesi fotografi sebelum, semasa dan selepas kenduri. Baru lengkap dokumentasi. Bayarlah sedikit untuk upah penat. Kalau upah photografer professional pun, gambar tu bukannya nak masuk galeri.

3) Tarikan: Untuk menarik tetamu (yang tak perlu lagi berduyun2 tolong memasak ke dapur a.k.a merewang), sediakan acara untuk mengisi masa mereka.
   a) Sediakan gerai salasilah. Gunakan khidmat seperti Geni.com untuk melengkapkan salasilah keluarga semasa kenduri. Tampalkan rajah salasilah untuk tatapan dan penelitian tetamu. Masa inilah yang patut diambil untuk mengenal saudara mara sepupu sepapat yang dekat dan jauh. Untuk menambahkan 'grand' dalam majlis, kemuncak pembinaan salasilah di buat sebaik saja ahli keluarga baru bertambah, yakni setelah majlis akad nikah. Boleh buat majlis ala-ala potong riben.
  b) untuk mengisi masa budak2, daripada berkeliaran berlari sana sini atau main game di PSP, ada baiknya diajak mereka masuk pertandingan melukis, bernasyid, azan, atau marhaban. Ada la jugak pengisian ilmu.
  c) Berkaitan dengan cadangan (b), elok juga dijemput ustaz atau ustazah untuk beri kuliah. Mudah-mudahan dapat mengurangkan sesi 'kuliah tak bertauliah' di kalangan pakcik makcik kita. Kuliah jugak merupakan pilihan baik selain karaoke yang tak semestinya ok.
  d) Lantik AJK ICT yang melaksanakan rakam video dan podcast. Bukankah makin ramai yang celik IT sekarang. Bukan setakat celik, memang mampu dan perlu. Kesian kat saudara mara dan kenkawan yang tak dapat datang sebab ada di oversea buat PhD, kan?

4) Cenderahati: Bunga telur? So the very last millenium. Apa kata kalau fotografer upahan diminta mengambil gambar tetamu waktu bersalam (harap2nya salam berisi) dengan tuan rumah. Sementara tetamu makan, buat cetakan gambar. Sediakan template gambar yang piawai. Sebelum mereka berangkat balik, berikan gambar tersebut sebagai kenangan.


Comments

Ri said…
eh, bernas ler idea idea ni.

sometimes i wonder how long you need to come up with them...

me, i'm a deliberate thinker. i need to mull over something for quite some time baru dapat jadi idea yang bagus :P

more take home thoughts for me tonight :)
thanks pak lang!