I know what you did during lunch time

Untuk kelas Modifikasi Tingkah Laku hari ini, tajuk kuliah ialah Rakaman Tingkah Laku. Di hujung kuliah, saya minta pelajar melakukan pemerhatian selama 10 minit di kafetaria. Tingkah laku yang diperhatikan ialah minum dan menggunakan telefon semasa makan.
Selepas pemerhatian, ada sesi perbincangan ringkas. Pelajar membangkitkan isu-isu yang sangat menarik dan relevan dengan prosedur modifikasi tingkah laku.
1. Sebagai pemerhati, kita tidak boleh anggap orang lain sama saja dengan kita. Apa yang kita selalu buat (pegang telefon masa makan) tidak semestinya orang lain buat juga.
2. Daripada pemerhatian, mungkin kita akan membuat kesimpulan. Tetapi, kita perlu menambah data yang bolehpercaya dan sah sebelum membuat kesimpulan. Selepas melakukan pemerhatian, ada pelajar berpendapat orang memegang telefon sebab nak mengisi masa dan bukannya buat kerja produktif. Tafsiran ini perlu disokong oleh bukti yang lain seperti data survei dan temubual.
3. Proses pemerhatian tidak lengkap atau tidak sempurna disebabkan faktor-faktor luar jangka. Ada orang yang makan dengan cepat dan tidak sempat diperhatikan dengan baik. Jadi, untuk pemerhatian yang lebih sistematik, faktor-faktor luar jangka ini perlu diambil kira. Pemerhatian perlu direkabentuk dengan baik supaya data yang diperoleh lebih tinggi tahap kebolehpercayaan dan kesahannya.
4. Orang yang diperhatikan mungkin perasa bahawa dia diperhatikan. Kaedah pemerhatian perlu dicermati supaya mengurangkan reaktiviti orang yang diperhati.
4. Untuk menjadi kaunselor (pelajar-pelajar ini dalam program Sarjana Muda Kaunseling), pelajar perlu melalui prosedur yang akan dibuat dengan klien. melalui pengalaman secara langsung, kaunselor boleh berempati dengan klien. Sebagai contoh, kanselor perlu faham apa kesusahan dan cabaran bagi klien melengkapkan jurnal makanan.

Comments