Formula ABC Operan

Formula ABC untuk tingkah laku operan
Antecedent: stimulus yang wujud sebelum tingkah laku diperbuat
Behavior: tingkah laku yang ingin diubah (diteguhkan atau dilemahkan)
Consequence: peristiwa yang muncul sebaik sahaja tingkah laku diperbuat
Contoh 1:
Siti Balqis Darwina, eksekutif pemasaran yang berusia 30 tahun dan masih single, menghadiri sebuah majlis kenduri kahwin.
Antecedent: majlis kenduri kahwin
Behavior: bertegur sapa dengan tetamu
Consequence: makcik bawang tanya "Bila nak kahwin?"
Jika selepas itu Siti Balqis Darwina tak menghadiri apa-apa majlis kenduri kahwin, maka kita boleh simpulkan bahawa pertanyaan bila nak kahwin tu adalah satu bentuk hukuman (punishment) baginya.
Contoh 1:
Gedik Sari ialah seorang lelaki bermisai yang menghasilkan video dan memuatkannya di akaun IG beliau. Dia selalu melakonkan watak wanita, lengkap berpakaian dan ber make up seperti perempuan.
Antecedent: akaun Instagram
Behavior: memuat naik video parodi dengan watak wanita
Consequence 1: dapat beribu-ribu Likes dan Comments
Consequence 2: dapat teguran daripada ustaz, ustazah dan mufti
Jika Gedik Sari makin rajin menghasilkan video parodi dengan watak wanita, maka kita boleh simpulkan bahawa Likes dan Comments daripada netizen lebih kuat mengawal tingkah laku beliau berbanding teguran alim ulama.
Biasanya, orang yang lapar lebih mudah dibentuk tingkah lakunya jika dia ditawarkan ganjaran berbentuk makanan (cth: kalau along siapkan homework, nanti ayah belanja makan ayam goreng). Situasi ini dipanggil deprivation atau establising operation. Berbalik kepada contoh Gedik Sari tadi, kita boleh andaikan bahawa dia sebenarnya lapar Likes dan sudah kenyang tazkirah.

Comments